Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Redha Diberi Pengiktirafan Dalam Anugerah Skrin 2016

Poster-Filem-Redha

Selepas berjaya layak untuk pencalonan Anugerah Golden Globes Ke-71 dan dipilih mewakili Malaysia untuk pencalonan di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-89, filem “Redha” terus mendapat pengiktirafan apabila filem arahan Tunku Mona Riza ini telah dinobat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016).

“”Redha” adalah filem pertama saya, jadi ia akan menjadi sebuah filem yang sentiasa mempunyai hubungan antara kita.”

“Saya cukup terkejut kerana saya tahu yang mana subjek filem saya ini agak berbeza dengan kebanyakkan filem lain,” katanya yang dipetik dari EH!

Filem terbitan Current Pictures ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang bergelut dalam membesarkan anak mereka yang mengidap autism.

“Redha” yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Namron, June Lojong, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Izzy Reed, Harith Haziq dan ramai lagi ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan memberangsakan daripada penonton tempatan apabila ia hanya berjaya mengutip RM500,000 sahaja.

redha-barisan-pelakon

Selain trofi Filem Terbaik, pelakon utama “Redha”, Namron turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2016.

Sebelum ini, filem “Redha” juga pernah merangkul banyak anugerah termasuk trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan June Lojong dan Special Festival Prize for Humanism in Film di World Premiere International Film Festival Philippines, Special Prize by The President of Tatarstan for Humanism in Cinematography, Special Prize Award oleh Russian Film Critics Guild dan juga anugerah untuk Ensemble of Actors untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Namron, Harith Haziq dan Izzy Reef) di 12th Kazan International Muslim Film Festival, Merit Award di Los Angeles International Film Festival dan terbaru, Discretionary Jury Award-Courage in Storytelling di 2016 Asian World Film Festival.

sumber: cinema.com.my

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee