Berita

Filem Reboot ‘The Grudge’ Akan Dihasilkan, Poster Pertama Didedahkan Kepada Umum

View

Sony Pictures bakal menghasilkan filem seram reboot berjudul The Grudge adaptasi dari filem seram Jepun berjudul Ju-On yang pernah popular pada awal tahun 2000.

The Grudge akan diarahkan oleh Nicolas Pesce, manakala Sam Raimi yang menerbitkan dua filem awal dari trilogi The Grudge versi Hollywood akan kembali bertindak selaku penerbit, bersama-sama Rob Tapert untuk syarikat produksi Ghost House. Pesce akan turut menulis skrip bersama-sama Jeff Buhler.

Bintang filem Searching, John Cho akan bergandingan dengan pelakon seperti Demian Bichir, Andrea Riseborough, Betty Gilpin, Jacki Weaver, Frankie Faison dan pelakon filem seram veteran yang popular, Lin Shaye.

Filem reboot kali ini akan berkisarkan tentang seorang anggota polis yang baru tiba disebuah bandar kecil. Disana, dia telah menyiasat satu kes yang tidak dapat dijelaskan, sehingga membawa dia ke sebuah rumah misteri yang mempunyai dendam.

The Grudge akan diklasifikasikan sebagai ‘r-rated’ dan dijangka akan menemui penonton pada 20 Januari 2020.

BACA:  Serina Redzuawan Kini Bergelar Penerbit

Tinggalkan Balasan

shares