Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem ‘Reboot; Mortal Kombat Bakal Dihasilkan. Tarikh Tayangan Ditetapkan 2021


 Aksi pertarungan pahlawan-pahlawan Mortal Kombat yang kejam bakal menemui penonton tidak lama lagi apabila studio Warner Bros. dilaporkan akan menghasilkan semula filem tersebut tidak lama lagi.

Mortal Kombat sebelum ini telah dihasilkan pada tahun 1995 yang diarahkan oleh pengarah Paul W.S. Anderson dan diikuti filem kedua pada tahun 1997 yang berjudul Mortal Kombat: Annihilation. Bagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan.

Warner Bros. memberi kepercayaan kepada Simon McQuoid untuk mengarahkan filem ini menerusi skrip yang ditulis oleh Greg Russo. Pengarah filem seram terkenal, James Wan bertindak selaku penerbit.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai barisan pelakon yang akan membintangi filem ini.

Mortal Kombat telah menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 5 Mac 2021



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Kick Off The New Year with Tales of Strength and Resilience on HBO GO, HBO, Warner TV and Cartoon Network This January

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee