Beberapa hari lalu, filem Mortal Kombat telah mengumumkan pelakon Indonesia, Joe Taslim akan memainkan peranan sebagai ‘Sub-Zero’, salah satu karakter terkenal dalam permainan dan filem Mortal Kombat.
Dalam perkembangan terbaru, penulis filem Greg Russo telah mengesahkan bahawa Mortal Kombat akan dikelaskan sebagai ‘R-rated’ dan bakal mempunyai babak ‘Fatalities’. Pekara tersebut didedahkan di menerusi laman Twitter miliknya.
Since it's already been stated by other members of the team, I'm gonna put this one to bed. MK WILL be R-Rated and for the first time EVER, FATALITIES will FINALLY be on the big screen (and no I'm not gonna say which ones) You'll just have to wait for the movie & see!!! 😉 pic.twitter.com/aVTewH4t28
— Greg Russo (@WriterRusso) July 12, 2019
Filem adaptasi permainan video game ini akan diarahkan oleh Simon McQuoid manakala skrip ditulis oleh Greg Russo. James Wan akan bertindak selaku penerbit. Penggambaran filem Mortal Kombat dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini bertempat di Australia. Setakat ini plot filem terbaru Mortal Kombat masih lagi tidak diketahui.
Filem pertama Mortal Kombat telah diterbitkan pada tahun 1995 arahan Paul W.S. Anderson dan diikuti filem kedua pada tahun 1997 yang berjudul Mortal Kombat: Annihilation. Bagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan
Mortal Kombat dijangka akan memulakan tayangannya pada 5 Mac 2021.