Filem reboot Hellboy arahan Neil Marshall ditunda tarikh tayangan 3 bulan dari tarikh asal iaitu dari 11 Januari 2019 ke 12 April 2019. Pekara ini diumumkan oleh studio Lionsgate.
Pertukaran ini menyaksikan filem Hellboy tidak akan bersaing dengan filem sains fiksyen lakonan Brad Pitt iaitu Ad Astra. Bagaimanapun ia bakal bersaing dengan filem The Voyage of Doctor Dolittle yang dibintangi pelakon filem Avengers: Infinity War iaitu Robert Downey Jr.
Hellboy merupakan filem superhero yang diadaptasikan dari komik Hellboy karya Mike Mignola. Dua filem terdahulu diarahkan oleh pengarah Guillermo del Toro iaitu Hellboy (2004) dan Hellboy: The Golden Army yang diterbitkan 2008.
Filem ini menyaksikn David Harbour akan melakonkan watak Hellboy dan dia turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Daniel Dae Kim, Penelope Mitchell, Ian McShane, Sophie Okonedo dan Milla Jovovich yang akan membawakan watak villain Blood Queen dalam filem akan datang.
Hellboy akan ditayangkan pada 12 April 2019