Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Reboot Hellboy Disahkan Gagal, Kutipan Tidak Melepasi Kos Pembikinan

Pada mulanya, pemilihan David Harbour sebagai pelakon yang membawakan watak Hellboy menerima maklumbalas yang cukup positif dari peminat terutamanya yang meminati francais Hellboy.

Bagaimanapun, filem reboot arahan Neil Marshall sekadar indah khabar dari rupa apabila ianya dikritik teruk baik dari para pengkritik profesional mahupun peminat.

Tidak terhenti disitu sahaja, Hellboy terus dilanda malang apabila kutipan tiket filem berkenaan berjalan sangat perlahan dan tidak seperti diharapkan. Jika dicampur kutipan domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa sehingga kini, Hellboy hanya mampu meraih $40 juta dolar sahaja berbanding kos pembikinan yang mencecah $50 juta dolar.

Dengan respon negatif yang diterima dari pengkritik serta kutipan yang sangat mengecewakan, ia meletakkan francais Hellboy dalam keadaan bahaya. Studios Lionsgate kini mungkin berfikir dua kali sama ada mahu meneruskan francais ini ataupun berhenti dari terus mencatat kerugian.

Apapun, kita nantikan perkembangan filem Hellboy seterusnya sama ada Lionsgate sanggup mengambil risiko ataupun mengangkat bendera putih.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment