Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Rainbow Six Akan Dihasilkan, Ryan Reynold Dijangka Akan Membintangi Filem Tersebut.

Rainbow Six, novel aksi counter terrorist karya Tom Clancy dikatakan sedang dalam pembangunan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Filem adaptasi novel berkenaan akan ditulis dan diterbitkan oleh Akiva Goldsman serta bakal diarahkan oleh pengarah filem Face/Off, John Woo.

Selain itu juga, bintang filem Deadpool, Ryan Reynolds juga dilaporkan sedang berbincang dengan pihak studio untuk membintangi filem tersebut dan dikatakan bakal membawakan karakter John Clark.

Akiva Goldsman juga membawa masuk dua penulis skrip, Josh Appelbaum dan André Nemec untuk menulis skrip filem ini.

Rainbow Six diterbitkan pada tahun 1998 adalah novel yang mengisahkan skuad anti-penganas pelbagai negara yang diketuai oleh bekas anggota Navy SEAL, John Clark dalam membanteras aktiviti pengganas yang boleh mengancam keselamatan dunia. John Clark adalah salah satu karakter yang ditulis oleh Tom Clancy dalam novel-novel beliau. Novel Rainbow Six telah menjadi hit sehinggakan ia dijadikan permainan video “first person shooter” dan kekal popular sehingga kini.

Karakter John Clark pernah muncul dalam filem Clear and Present Danger (lakonan Willem Dafoe) pada tahun 1994 dan The Sum of All Fears (lakonan Liev Schreiber) pada tahun 2002. Rancangan untuk menerbitkan Rainbow Six bermula pada tahun 2004 dan perkembangan terkini mencerahkan peluang untuk peminat siri novel Tom Clancy dan permainan video “Rainbow Six” menyaksikannya dalam versi live-action.

Setakat ini, Rainbow Six masih lagi dalam perancangan awal, kami akan bawakan perkembangan filem ini dari masa ke semasa

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment