Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Prekuel Orphan, ESTHER Bakal Dihasilkan

Pengarah Brahms: The Boy II, William Brent Bell dilaporkan bakal mengarahkan filem prekuel Orphan berjudul Esther, lapor portal Deadline. Skrip filem akan ditulis David Coggeshall (Watch Over Me, PREY).

Esther berkisarkan tentang Lena Klammer yang berjaya melarikan diri dari fasiliti psikatrik Rusia dan mengembara ke America dengan menyamar sebagai anak perempuan kepada keluarga kaya. Bagaimanapun, kehidupan barunya sebagai Esther menjadi luar jangkaan.

Alex Mace, Hal Sadoff, dan Ethan Erwin akan menerbitkan filem ini bersama-sama James Tomlinson, manakala David Leslie Johnson akan menjadi penerbit eksekutif.

Filem pertama Orphan mengikuti kisah suami isteri yang mengambil anak angkat perempuan berusia 9 tahun yang sebenarnya bukan kanak-kanak seperti yang dijangka. Filem terbitan Warner Bros./Dark Castle diarahkan Jaume Collet-Serra, dan dibintangi Vera Farmiga, Peter Sarsgaard, dan Isabelle Fuhrman sebagai Esther.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating