
Filem prekuel Hunger Games, The Ballad of Songbirds and Snakes, dijangka memulakan penggambarannya pada separuh pertama 2022. Pekara tersebut didedahkan Ketua Lionsgate, Joe Drake semasa taklimat pendapatan suku tahuhan baru-baru ini. Menurut Drake lagi, mereka mensasarkan tarikh tayangan pada penghujung 2023 atau awal 2024.
Francis Lawrence, yang telah mengarahkan tiga filem terakhir francais, akan kembali menjadi pengarah untuk ansuran kali ini.
The Ballad of Songbirds and Snakes merupakan adaptasi dari novel berjudul sama karya Suzanne Collins. Filem tersebut akan ditetapkan 64 tahun sebelum peristiwa dalam trilogi utama, bermula pada pagi ‘Tenth Hunger Games’ di mana Coriolanus Snow yang berusia 18 tahun ditugaskan sebagai mentor untuk gadis penghormatan dari Daerah 12 yang miskin.
Adaptasi filem ini akan ditulis oleh pemenang Oscar, Michael Arndt (Little Miss Sunshine), berdasarkan olahan yang dibuat oleh pengarang terlaris Suzanne Collins. Arndt tidak lagi asing dengan francais ini memandangkan dia pernah berkhidmat sebagai salah seorang penulis untuk filem The Hunger Games: Catching Fire.
Filem prekuel Hunger Games akan diterbitkan Nina Jacobson, yang juga merupakan penerbit trilogi asal, sementara Collins akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.
Francais Hunger Games yang terdiri daripada empat filem (The Hunger Games, Catching Fire, Mockingjay-Part 1, Mockingjay-Part 2) telah mengumpul hampir $3 billion dolar seluruh dunia. Francais ini juga telah mengangkat nama Jennifer Lawrence selepas dia membuat debut dalam filem pertama sebagai Katniss Everdeen.