Berita

Filem Predator Terbaru Tidak Lama Lagi

Views

predator-films-shane-black

Buat peminat-peminat filem Predator, disini ada berita baik untuk anda. Pengarah filem Shane Black yang juga merupakan pembikin filem Iron Man 3 dilaporkan akan mengarahkan sequel terbaru filem aksi tersebut tidak lama lagi. Beliau akan bersama-sama penulis filem, Fred Dekker dalam projek pembikinan filem tersebut tidak lama lagi.

Menurut laman web Collider, apabila beliau ditanya oleh wartawan hiburan samada filem tersebut adalah filem reboot seperti filem Jurassic Park atau lain-lain - Black yang juga aktor dan penulis skrip dalam filem Predator 1987 itu - mendedahkan filem ini bukan filem reboot, tetapi filem sequel yang baru dengan jalan cerita yang berbeza dan 'fresh'.

Shane Black kini dilaporkan sedang dalam proses 'post-production- filem The Nice Guys yang akan ditayangkan pada May 2016 nanti. Beliau mendedahkan tajuk utama filem Predator akan datang tidak diberi buat masa ini, cuma yang pasti beliau memberi keutamaan dalam pembikinan filem Predator ini berbanding projek-projek filem lain.

Kali terakhir filem trilogi Predators ini ialah pada tahun 2010 iaitu filem Predators(2010). Berlatarbelakangkan di sebuah planet asing dimana sekumpulan manusia yang ganas dan jahat telah di culik dari bumi dan dihantar ke planet tersebut. Planet tersebut telah didiami oleh sekumpulan puak Predators dan kumpulan manusia tadi telah dijadikan buruan untuk permainan makhluk-makhluk Predator  disitu. Laman Screenrant memberitahu, kemungkinan filem terakhir Predator dan Filem Predator 2 akan menjadi rujukan Black dan Dekker untuk membuat filem terbaru itu nanti

Senarai filem-filem Predators sebelum ini:.

  1. Predators (1987)
  2. Predators 2 (1990)
  3. Alien vs. Predator (2004)
  4. Alien vs. Predator: Requiem (2007)
  5. Predator (2010).

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks