Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem “Prebet Sapu” Telah Terpilih Ke JOGJA-NETPAC ASIAN FILM FESTIVAL-15 (JAFF)

Kenyataan Media:

Filem tempatan Prebet Sapu (Hail, Driver!) telah terpilih secara rasmi untuk tayangan di Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) ke-15 di Indonesia. Tayangan Prebet Sapu di festival filem ini merupakan tayangan julung kali di khalayak umum dan juga tayangan perdana dunia.

Prebet Sapu merupakan filem pertama Muzzamer Rahman yang dibintangi Amerul Affendi dan Mei Fen Lim. Filem hitam-putih ini mengisahkan tentang kehidupan yang dihadapi oleh anak muda berbeza latarbelakang di Kuala Lumpur pada hari ini.

Turut membintangi filem ini adalah Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Roslan Madun, Chew Kin Wah, Nadiya Nisaa, Megat Shahrizal, Jay Iswazir, Anas Ridzuan,  Atoi Tohet & Shah Kimin.

Prebet Sapu ditayangkan di Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) di bawah program NETPAC – sebuah seksyen untuk memahami perspektif Asia yang rencam melalui filem oleh pembikin filem baru. Produksi Prebet Sapu berbesar hati terpilih ke festival ini kerana semenjak pelancarannya pada 2006 oleh Garin Nugroho, JAFF telah memainkan peranan besar terhadap pembangunan sinema Asia.

Acara Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) akan berlangsung pada 25-29 November 2020.

Pihak produksi juga ingin mengucapkan tahniah kepada filem cereka “Malu“ (Edmund Yeo), “The Love of Tapang Tree” (Nova Goh) serta filem pendek “The Cloud is Still There” (Mickey Lai), “Burung-Burung” (Anwar Johari Ho) “Setting Moon”, (Chan Teik Quan), “The Girls are All Right” (Gwai Lou) dan “See You Next Century” (James Lee) yang juga terpilih ke festival ini.

Diterbitkan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio, Prebet Sapu dijangka akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2021.

 

Related posts

Kabir Bhatia Kembali Dengan Filem “Kerana Korona”

Isqandar

Bront Palarae Bawa Pulang Trofi Di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Zulaikha

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating