Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Power Rangers Akan Dihasilkan, Pengambaran Bermula Januari 2016

mighty-morphin-power-rangers-wallpaper-4

Setelah hampir 20 tahun filem terakhir Power Rangers ditayangkan, kini siri televisyen terbitan Haim Saban yang menjadi kegemaran ramai era 90-an, Power Rangers akan dihasilkan semula. Filem kumpulan superhero kostum ini akan diarahkan oleh pengarah Dean Isrealite dan skrip diolah oleh Ashley Miller dan Zack Stentz yang pernah menghasilkan skrip untuk filem X-Men: First Class.

Berdasarkan sumber yang kami rujuk, filem Power Rangers ini akan menggunakan karakter semasa mula-mula ia ditayangkan begitu juga dengan nama-nama ahli kumpulan Power Rangers. Jika anda kenal nama-nama seperti Jason Lee Scott, Kimberly Hart, Zack Taylor, Trini Kwan dan Billy Cranston, anda memang peminat siri televisyen semasa kecil. Semua nama diatas adalah karakter semasa ia mula-mula ditayangkan.

Difahamkan pihak produksi akan memulakan pengambaran pada penghujung tahun ini ataupun Januari 2016 dan tayangannya dijangkakan pada tahun 2017.

Siri Televisyen Power Rangers kini telahpun di musim ke-22 iaitu Power Rangers Dino Charge yang ditayangkan disaluran Nickelodeon. Dari apa yang kami baca dari laman-laman hiburan, filem pendek Power Rangers yang dihasilkan oleh penerbit filem Dredd Adi Shankar adalah salah satu sebab penghasilkan filem reboot ini.

Kita tunggu info selanjutnya mengenai plot filem ini samada ia lebih menumpukan untuk tayangan kanak-kanak ataupun boleh ditonton oleh semua penonton terutaman orang dewasa.

Filem Power Rangers dijangka akan ditayangkan pada 13 Januari 2017.

 

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment