Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Pertama Trilogi “The Exorcist” Akan Ditayangkan Pada 2023


Universal dan Blumhouse telah mengumumkan tarikh pelancaran filem pertama trilogi The Exorcist iaitu pada 12 Oktober 2023. 

Universal Pictures dan Peacock sebelum ini berjaya membida hak untuk trilogi sekuel filem seram ikonik arahan William Friedkin, The Exorcist, dari Blumhouse Production. 

Trilogi The Exorcist tidak dibangunkan sebagai ‘remake’, sebaliknya berfungsi sebagai sekuel langsung dari filem seram asal, yang diadaptasikan dari novel karya Peter Blatty. Pengarah Halloween, David Gordon Green akan menjadi pengarah filem ini, dan dia juga turut menghasilkan lakon layar bersama-sama Scott Teems, Danny McBride, dan Peter Sattler.

Pemenang Oscar Ellen Burstyn akan kembali ke francais untuk filem-filem yang akan datang, mengulangi peranan ikoniknya sebagai Chris MacNeil. Menyertai Burstyn adalah Leslie Odom, Jr. (HamiltonOne Night in Miami) yang akan memainkan peranan utama sebagai bapa kepada anak yang telah dirasuk dan berputus asa sehingga mendorongnya untuk mencari MacNeil. 

Sekuel ini akan diterbitkan oleh Jason Blum, David Robinson dan James Robinson, dengan Green, McBride dan Couper Samuelson menjadi penerbit eksekutif. 


Filem asal The Exorcist berpusat di sekitar seorang gadis berusia 12 tahun bernama Regan (Linda Blair) yang telah dirasuk secara tiba-tiba selepas menemui papan Ouija. Dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan Regan, dua paderi Katolik Roman (Max von Sydow, Jason Miller) telah diminta untuk melakukan pengusiran hantu terhadapnya.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee