Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Pertama Hairul Azreen “Ada Hantu” Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar 13 Ogos Ini!

Bersiap sedia merasai misteri yang menakutkan!

Filem seram tempatan Ada Hantu bakal menemui penonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada hari Jumaat, 13 Ogos, ini.

Ada Hantu mengisahkan tentang Aliff (Zahiril Adzim), ‘Youtuber’ dan skeptikal terhadap semua perkara ghaib, yang mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama, terbengkalai – dikhabarkan pernah dimiliki oleh jeneral tentera Jepun yang telah menyeksa dan membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam – untuk membuktikan bahawa hantu itu tidak wujud. Ketika malam menjelang dan Aliff kehilangan rakan-rakannya, dia segera menyedari bahawa rumah itu bukan semua yang dia bayangkan.

Turut menyertai Zahiril Adzim adalah Shiqin Kamal sebagai Bariah, Hairul Azreen sebagai Talha, Elvina Chua sebagai Sasha, dan Nafiez Zaidi sebagai Jimmy.

Ada Hantu adalah filem pertama Hairul Azreen sebagai pengarah. Berkongsi keterujaannya, Hairul berkata, “Mengarahkan filem ini adalah tanggungjawab besar, dan tidak mudah. Walau apa pun, saya teruja untuk bekerja dalam filem Ada Hantu dan bersyukur kerana diberi peluang.

“Ketika dia (Hairul) mengarah atau mahu memberi komen, dia akan bertimbang rasa dalam memberi arahan, dan sebagai pelakon, itu sangat menggembirakan kami,” ujar Shiqin Kamal.

Para pelakon lain turut menambah bahawa Hairul Azreen sangat jelas tentang apa yang di mahukan. Dia tahu kemampuan para pelakonnya, dam menjadikan pengalaman yang menyenangkan semasa penggambaran. 

Disney+ Hotstar akan menjadi rumah eksklusif Ada Hantu sebagai sebahagian daripada perjanjian platform dengan studio terkemuka di Malaysia, termasuklah Act 2 Pictures, untuk menyokong komuniti filem tempatan. 

Penonton boleh menikmati filem ini bersama filem-filem global dan Malaysia yang lain di Disney+ Hotstar dengan melanggan perkhidmatan tersebut secara langsung di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan.

Pelanggan Astro Movies Pack boleh mengaktifkan hak istimewa mereka di astro.com.my/Disney sekarang dan strim rancangan kegemaran mereka di Disney+ Hotstar. Pakej khas dengan Disney+ Hotstar tersedia untuk pelanggan Astro lain di astro.com.my/Disney.

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment