Berita

Filem Perang GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Akan Ditayangkan Di Apple TV+

Views

Filem perang drama Greyhound tidak lagi dijadualkan untuk tayangan dipawagam, sebaliknya akan terus ke perkhidmatan streaming Apple TV+ di lebih seratus buah negara.

Sony Pictures sepatutnya menayangkan filem ini pada 25 Jun, tetapi pandemik COVID-19 yang masih belum reda menjadi faktor perubahan platform tayangan.

Berlatarkan ketika awal Perang Dunia II. Dalam tugasan pertamanya sebagai pemerintah kapal pemusnah U.S Navy, Greyhound, Kapten Ernest Krause memimpin 37 kapal Bersekutu merentasi Atlantik Utara ketika sedang diburu oleh sekumpulan U-Boat Nazi. Sepanjang perjalanan, dia perlu berdepan dengan kesangsian terhadap dirinya untuk membuktikan dirinya sebagai pegawai pemerintah.

Berdasarkan novel The Good Shepherd karya C.S. Forester, filem ini ditulis dan dibintangi pelakon terkenal Tom Hanks. Dia turut disertai Stephen Graham, Rob Morgan, dan Elisabeth Shue. Aaron Schneider bertindak selaku pengarah manakala Gary Goetzman sebagai penerbit.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks