Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Perang GREYHOUND Akan Ditayangkan Terus Ke APPLE TV+

Nampaknya, filem perang drama lakonan Tom Hanks, Greyhound tidak akan ditayangkan dipawagam.

Melihat kepada situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, pihak produksi membuat keputusan untuk menayangkan filem tersebut di platform penstriman Apple TV+ pada 10 Julai ini.

Menurut portal Variery, filem itu tidak akan disiarkan selamanya di saluran itu sebaliknya hanya tersedia selama tujuh bulan selepas dilancarkan.

Greyhound sepatutnya menemui penonton di Amerika Syarikat pada 12 Jun lalu, namun perancangan terbabit gagal akibat penularan Covid-19.

Difahamkan filem itu juga sebenarnya sudah beberapa kali ditangguhkan selepas kali pertama dijadual ditayangkan pada 8 Februari, kemudian dianjakkan ke 22 Mac sehinggalah ke 8 Mei.

Greyhound adalah filem drama yang mengisahkan perang dunia kedua. Filem ini diadaptasi dari novel, The Good Shepherd karya C.S. Foster yang dikeluarkan pada 1955.

Menerusi filem itu, Hanks memegang watak sebagai Kapten Ernest Krause. Dia adalah komandan kapal perang Angkatan Tentera Laut yang memimpin konvoi antarabangsa kapal sekutu melintasi Atlantik Utara untuk mengejar U-boat Jerman.

Bukan hanya sekadar berlakon, portal Variety turut memberitahu Hanks juga menulis naskhah filem itu berdasarkan novel berkenaan.

Selain Hanks, filem arahan Aaron Schneider itu turut dibintangi Elisabeth Shue, Rob Morgan dan Stephen Graham.

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating