Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Filem Pendek Power Rangers Penuh Dengan Keganasan

power-rangers-adi-shankar-joseph-kahn

Siri Televisyen Power Rangers cukup sinonim untuk tayangan kanak-kanak, malah sejak ia mula ditayangkan pada awal tahun 90-an, siri televisyen terbitan Haim Saban ini menumpukan target audience dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianya berkekalan sehingga kini.

Semasa filemĀ Power Rangers: The MovieĀ yang ditayangkan pada tahun 1995, pihak produksi menumpukan target audience kepada golongan kanak-kanak da remaja.

Tetapi berbeza dengan penerbit Adi Shankar yang menghasilkan filem pendekĀ Power RangersĀ yang diluar dari jangkaan penonton. Adi Shankar, penerbit filemĀ Dredd menghasilkan filem pendek ini dengan konsep yang berbeza dari konsepĀ asal.

Filem pendek yang dihasilkan memaparkan keganasan yang 100% berbeza dari versi asal. Jika anda lihat filem pendek ini, Aksi pertempuran, pertarungan dan pembunuhan sama seperti filem-filem aksi yang lain dan sangat tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak dan golongan remaja. Malah, jika anda menonton sehingga habis, penuh adegan dramatik dan aksi

power rangers

Namun begitu, respon dari viewer di YouTube sangat positif. Rata-rata mereka pernah menonton siri televisyen ini semasa mereka kecil dan kebanyakan daripada mereka mahu siriĀ Power RangersĀ ini dihasilkan semula dan, mereka mahukan aksi sama seperti filem pendek tersebut bukannya seperti siri kanak-kanak.

Anda boleh tonton filem pendek berdurasi 15 minit dibawah. Selepas menontonnya, anda setuju tak jika filemĀ Power RangersĀ seperti ini dihasilkan?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment