Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem “Parasite” Catat 5 Juta Penonton Dalam Tempoh 8 Hari Sahaja

Filem Korea pertama yang berjaya merangkul anugerah berprestij Palme d’Or di Festival Filem Cannes baru-baru ini, Parasite, berjaya mencatatkan 5 juta penonton dalam carta box office domestik Korea Selatan.

Parasite yang diarahkan oleh Bong Joon Ho telah ditayangkan di Korea Selatan pada 30 Mei yang lalu dan tidak menunggu lama untuk mendominasi carta box office apabila berjaya berada dikedudukan teratas pada hari pertama tayangan.

Filem tersebut berjaya menarik 2.3 juta penonton pada 3 hari pertama tayangan dan seterusnya meningkat kepada 5 juta dalam tempoh 8 hari sahaja.

Bagi merayakan kejayaan filem berkenaan, para pelakonnya telah memuatnaik mesej penghargaan dengan menulis sendiri mesej tersebut berserta tandatangan dan juga gambar mereka. Salah seorang daripada mereka, Jo Yeo Jeong yang kini sedang menjalani penggambaran tidak sempat menyertai mereka, tetapi tetap berkongsi penghargaan dengan caranya sendiri.

Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (lakonan Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (lakonan Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak mereka.

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Zulaikha