Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Pandemik Thriller “Songbird” Akan Ditayangkan Terus Ke Platform Streaming


Filem terbitan Michael Bay, Songbird akan ditayangkan terus ke video-on-demand pada Disember ini, diikuti platform streaming yang masih belum dinyatakan pada 2021. Pekara tersebut diumumkan STXfilms dalam satu kenyataan, 

“The pandemic has affected every aspect of our business, from production to release, but Songbird demonstrates that a nimble studio like STX can find effective and profitable ways to make their movies work, as we have similarly with Greenland and My Spy during these challenging times,” Adam Fogelson, STXfilms Motion Picture Group Chairman, said in a statement. “The show must go on. Songbird is a thrilling movie that will speak to audiences in this moment as it keeps them on the edge of their seats.”

Dibintangi KJ Apa (Riverdale) dan Sofia Carson (Pretty Little Liars: The Prefectionistsi), Songbird adalah filem pandemik thriller yang menyaksikan virus COVID-23 telah bermutasi dan dunia telah berkurung selama empat tahun. Rakyat Amerika yang dijangkiti virus tersebut, telah dipaksa keluar dari rumah mereka dan dibawa ke kem kuarantin yang dikenali sebagai Q-Zones – tempat yang tiada jalan keluar.

Ditengah-tengah suasana dystopian, seorang pembawa virus, Nico (KJ Apa) – yang imum dari jangkitan pathogen merbahaya itu – telah menemui harapan dan cinta bersama Sara (Sofia Carson). Apabila Sara dipercayai telah dijangkiti, Nico dalam keadaan terdesak, perlu melalui jalan-jalan yang dikawal di sekitar Los Angeles demi mencari sesuatu yang mampu menyelamatkan Sara dari penjara…. atau lebih teruk. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Demi Moore (Corporate Animals), Bradley Whitford (Godzilla: King of the Monster), Craig Robinson (What We Do in the Shadows), Alexandra Daddario (We Summon the Darkness), Paul Walter Hauser (Da 5 Bloods) dan Peter Stormare (American Gods).

Songbird diarahkan oleh Adam Mason (Into the Dark) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Mason dan Simon Boyes. Bay memerbitkan filem ini bersama-sama Adam Goodman dan Andrew Eben Davidson. Anda boleh saksikan trailer disini.



Related posts

Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berhenti Dari Hasilkan Filem “Transformers”

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Saksikan Trailer & Poster SONGBIRD Terbitan Michael Bay

Kakimuvee

Bumi Diancam Komet Dalam Trailer Terbaru GREENLAND Lakonan Gerard Butler

Kakimuvee

Michael Bay Terbit Filem Bertemakan Pandemik Thriller Berjudul SONGBIRD

Kakimuvee

Review Filem: 21 Bridges

Kakimuvee