Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem Paling Popular 2016 – Berdasarkan Pilihan IMDb

Kami mendapat permintaan dari salah seorang “likers” Facebook Kakimuvee yang mahukan kami senaraikan filem paling popular dilaman IMDb, iaitu laman yang memberikan rating kepada filem-filem yang diterbitkan.

Tetapi jika diberikan senarai berdasarkan rating agak tidak masuk akal kerana terdapat filem yang mendapat rating yang agak tinggi tetapi jumlah pengundinya agak sedikit, jadi kami senaraikan filem-filem popular yang disenaraikan dilaman IMDb berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh laman web tersebut.

Pemilihan filem-filem top 10 berdasarkan jumlah pageview yang diterima dari pelawat-pelawat laman web tersebut yang menerima hampir 250 juta pelawat setiap bulan. Jom kita lihat filem paling popular berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh laman web IMDb.

10. The Legend of Tarzan

Filem lakonan Alexander SkarsgÄrd sebagai Tarzan dan Christoph Waltz sebagai villain ini telah mendapat tempat kesepuluh dari senarai top 10 IMDb, tetapi yang menyumbang kepada populariti tinggi filem ini ialah kualiti lakonan Margot Robbie sebagai Jane dalam filem The Legend of Tarzan

9. Warcraft

Filem adaptasi dari permainan video ini berada di kedudukan kesembilan dalam senarai top 10 IMDb. Bukan sahaja kualiti CGInya yang cukup mengagumkan, tetapi filem Warcraft adalah filem paling tinggi mendapat kutipan tiket dikalangan filem-filem adaptasi dari permainan video.

8. Ghostbusters

Filem reboot dari siri klasik komedi tahun 1984 ini berada di kedudukan kelapan walaupun ianya penuh dengan kontroversi dan mendapat kritikan negatif dari penonton. Apa yang membuatkan filem ini popular adalah disebabkan pelakonnya adalah dari kalangan pelakon yang membintangi filem Bridesmaids (2011), Siri tv Saturday Night Live berserta penampilan pelakon asal Ghostbusters dalam filem reboot ini

7. The Magnificent Seven

Boleh dikatakan filem remake dari filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1960 yang juga merupakan filem remake dari Jepun, Seven Samurai yang diterbitkan pada tahun 1954. Lakonan mantap Denzel Washington, Chris Pratt dan Ethan Hawke serta arahan mantap dari pengarah Antoine Fuqua sudah cukup untuk meletakkan filem ini ditangga ketujuh. Magnificent 7, kedudukan nombor 7? kebetulan?

6. The Jungle Book

Pada mula, ramai yang ragu-ragu apabila Disney mengumumkan mereka akan menghasilkan filem live action dari filem animasi The Jungle Book. Tetapi selepas ianya dikeluarkan, ramai yang terkejut dan kagum dengan kualiti CGI serta lakonan mantap Neel Sethi sebagai Mowgli.Ā Jon Favreau, pengarah filem ini terus diberi kepercayaan untuk arahkan filem akan datang, The Lion King dan The Jungle Book 2.

5. X-Men: Apocalypse

Walaupun disenaraikan antara filem paling teruk dan mendapat kritikan negatif dari pengkritik mahupun penonton, ia tidak menghalang untuk filem ini mengaut $544 juta kutipan tiket dan menjadi filem paling popular di IMDb.

4. Deadpool

Antara Filem R-Rated paling sukses dan filem paling tinggi mendapat rating IMDb dalam senarai filem paling popular. Deadpool berjaya menewaskan jirannya, X-Men: Apocalypse dari segi kutipan tiket apabila berjaya mengaut $783 juta serta mendapat dua pencalonkan dalam Golden Globe Award dan salah satunya adalah dalam kategori pelakon terbaik menerusi lakonan Ryan Reynolds. Deadpool telah mendapat rating 8/10 di laman IMDb serta 84% dilaman Rottentomatoes.

3. Batman V Superman: Dawn of Justice

Antara filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat yang mahu melihat pertembungan di antara dua superhero kegemaran ramai, iaitu Superman dan Batman. Tetapi filem ini dikatakan agak bosan. Kebosanan filem ini tidak menghalang untuk berada di kedudukan nombor 3 serta mengaut kutipan tiket sebanyak $873 juta

2. Captain America: Civil War

Dua kumpulan superhero yang dahulunya berjuang bersama-sama bertempur sesama sendiri disebabkan perbezaan ideologi dan pendapat. Filem hasil kesinambungan dari filemĀ Avengers: Age of UltronĀ ini antara filem yang paling mendapat rating paling tinggi dalam senarai ini iaitu 7.9/10 serta berjaya memenuhi kantung Marvel Studio dengan kutipan mencecah $1.15 billion

1 Suicide Squad

Banyak bintang filem, banyak karakter DC serta berjaya memenangi anugerah Oscar. Suicide Squad arahan David Ayer ini berada di carta nombor satu filem paling popular di laman IMDb. Harley Quinn, Deadshot dan Joker antara faktor menjadikan filem ini paling popular dari semua filem yang diterbitkan pada tahun 2016.

Anda setuju dengan senarai top 10 filem paling popular yang dikeluarkan oleh IMDb? berikan pendapat anda diruangan komen

*artikel filem seterusnya, senarai top 10 filem berdasarkan laman Rottentomatoes 2016 serta filem paling popular 2015 – akan datang

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment