Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Paling Mahal China, Asura Sertai Senarai Filem Paling Rugi Pernah Dihasilkan

Kos pembikinan filem yang tinggi belum tentu menjamin kejayaaa dan kehebatan sesebuah filem. Sekali lagi sudah terbukti apabila sebuah filem terbitan produksi dari China berjudul Asura mengalami kerugian besar selepas ia ditayangkan.

Dengan modal pembikinan sebanyak $113 juta dolar, filem arahan Peng Zhang dan terbitan syarikat Alibaba Pictures ini hanya mampu meraih $7.3 juta dolar sepanjang tayangnya.

Filem Asura dipenuhi dengan kesan khas, disasarkan sebagai bahagian pertama trilogi epik yang diilhamkan daripada mitos Buddha Tibet. Ia merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa China untuk mempromosi hasil kerja yang memuatkan elemen-elemen budaya tradisional Cina.

Kebanyakan filem hebat China setakat ini dihasilkan dengan separuh bajet yang dibelanjakan Asura.

Anggaran kerugian bernilai $106 juta (RM430 juta) menjadikannya filem kelima paling rugi dalam sejarah filem dunia didahului Sinbad: Legend of the Seven Sea yang mengalami kerugian terbesar berjumlah $125 juta (RM507 juta), menurut laman Box Office Mojo

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

“The Veil” Umum Spin-Off 2 Episod Yang Memberi Fokus Pada Watak Park Ha Sun

Zulaikha

Leave a Comment