Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Ola Bola Kutip RM2.5 Juta Setelah 4 Hari Tayangan

ola-bola-770x470

Filem OlaBola yang telah membuka tirai pada 28 Januari berjaya meraih RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari.

Filem terbitan Astro Shaw ini ditayangkan menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Selain kutipan yang memberangsangkan, filem arahan Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi  positif daripada rakyat Malaysia.

Malah, ia turut trending di laman Twitter sebanyak enam kali oleh pemilik akaun Twitter dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata filem OlaBola bukan sahaja memaparkan sukan bola sepak, namun menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia.

BACA: OLA BOLA REVIEW

“Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan.

“OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu,” kata Henry dalam satu kenyataan.

OlaBola dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee.

Barisan pelakon bukan sahaja perlu mengikuti kelas berlakon tetapi latihan bola selama tiga bulan sebelum penggambaran dimulakan.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment