Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem New Mutants Bakal Bergenre Horror?


Agak menarik perkembangan terbaru filem spin-off X-Men yang akan dihasilkan tidak lama lagi, iaitu New Mutant. 

Menurut laman web Entertainment Weekly, bukanlah filem superhero seperti filem-filem X-Men yang lain, sebaliknya ianya sebuah filem Horror.

“Held in a secret facility against their will, five new mutants have to battle the dangers of their powers, as well as the sins of their past. They aren’t out to save the world — they’re just trying to save themselves.”

Menurut laman web berkenaan, filem New Mutant mengisahkan 5 mutant baru yang terpaksa berhadapan dengan kuasa yang dimiliki oleh mereka dan juga kisah lampau yang menghantui mereka. Mereka bukanlah superhero yang ingin menyelamatkan dunia, sebaliknya terpaksa bertarung untuk diri mereka sendiri.

Menurut pengarah Josh Boone, filem arahannya nanti tiada supervillain mahupun kostum, malah memberitahu filemnya nanti sangat berbeza dengan filem-filem X-Men yang lain.

“We are making a full-fledged horror movie set within the X-Men universe. There are no costumes. There are no supervillains. We’re trying to do something very, very different.”


Jadi kita sudah dapat gambaran awal mengenai perjalanan filem New Mutant. Ia bukannlah sebuah filem superhero yang mana kita boleh melihat aksi-aksi pertempuran dengan supervillian, sebaliknya sebuah filem yang menunjukan konflik yang ada pada mutant untuk mengawal kuasa yang ada pada mereka.


Related posts

Kim Kardashian Berubah Menjadi Mystique, Adakah Dia Akan Menggantikan Tempat Jennifer Lawrence Dalam Reboot X-Men?

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Keke Palmer Berminat Untuk Bawa Watak Rogue Dalam Reboot X-Men

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“Tunggu & Lihat” Komen Patrick Stewart Selepas Wataknya, Profesor X Muncul Dalam Trailer Doctor Strange 2

Kakimuvee