Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem The New Mutant Akan Berkait Dengan Filem-Filem X-Men


Selepas trailer pertama The New Mutant dilancarkan semalam, peminat tertanya-tanya adakalah filem superhero horror ini akan mempunyai kaitannya dengan filem-filem utama X-Men. Ini berdasarkan karakter mutant dalam filem berkenaan merupakan karakter baru.

Menurut pengarahnya, Josh Boone, beliau mengesahkan filem arahannya itu akan mempunyai kaitan ‘connection’ atau kaitan dengan X-Men Universe. Cuma beliau tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana dan apa yang membuatkan kedua-dua filem berkenaan berkait.

“I can’t… there’s some things I can’t talk about. I can just say it is connected to and a part of the X-Men universe, and will continue to be a part of the X-Men universe and will be a part of that as it opens up in the next movies and all that.” – Josh Boone

The New Mutant bakal menampilkan sebuah filem seram kepada penonton berbanding sebagai sebuah filem Superhero

20th Century Fox kini dikatakan sedang memberi fokus kepada mengembangkan lagi watak-watak mutant dalam filem-filem mereka akan datang serta mahu menghasilkan filem selain daripada cerita mengenai watak-watak X-Men yang ada sekarang.

Selepas kejayaan filem Deadpool & Logan, tumpuan Fox kini beralih kepada filem terbaru mereka dan salah satunya adalah The New Mutant yang menyaksikan hampir kesemua watak-watak dalam filem berkenaan tidak pernah muncul dalam X-Men Universe (kecuali watak Sunspot yang pernah muncul dalam filem X-Men: Day of Future Past).

Selain itu juga, filem The New Mutant bakal menyaksikan perubahan yang cuba dibawa oleh Fox dari sebuah filem bertemakan superhero kepada filem seram. Tidak seperti tipikal filem-filem superhero yang lain, The New Mutant tidak akan menampilkan watak villain utama dari mana-mana siri komik X-Men Marvel, sebaliknya akan mengisahkan sekumpulan remaja yang berada di institusi rahsia kerana setiap daripada mereka memiliki abiliti yang luarbiasa. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan situasi untuk mengawal kuasa-kuasa mereka, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan kisah lampau yang menganggu mereka serta usaha mereka untuk menyelamatkan diri.


The New Mutant akan ditayangkan 13 April 2018


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee