Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Naura & Genk Juara Menghina Agama Islam?


Industri perfileman Indonesia kecoh seketika selepas sebuah filem yang bari ditayangkan di negara berkenaan iaitu Naura & Genk dituduh mempersendakan agama Islam.

Tuduhan itu disebabkan terdapat babak yang menampilkan watak antagonis Trio Licik mengucapkan doa-doa secara Islam yang dilihat sebagai mempersendakan Islam.

Susulan dengan kontroversi tersebut, ketua Lembaga Penapisan Filem Indonesia (LSF), Ahmad Yani Basuki tampil menyangkal tuduhan tersebut dengan menjelaskan bahawa dalam filem itu tiada sebarang unsur persenda Islam seperti yang hangat diperkatakan.

“Ia sebuah filem muzikal (seperti Petualangan Sherina). Berkisarkan tentang rombangan pelajar sekolah ke sebuah hutan. Ketika di sana terdapat tiga penjahat yang melakukan pemburuan haram terhadap binatang di hutan simpan,” ujarnya Ahmad Yani yang dipetik dari Wowkeren.

Ahmad Yani juga berkata isu tersebut sepatutnya tidak perlu timbul memandangkan latar belakang filem Indonesia majoritinya Muslim, jadi sudah pasti ada sahaja penjahat yang beragama Islam.

Malah perkara sama juga berlaku di negara bukan Islam di mana penjahatnya juga bukan Islam iaitu seperti filem “Home Alone”.


Oleh itu, dia sekali lagi menegaskan bahawa filem “Naura & Genk Juara” bebas dari sebarang unsur-unsur negatif dan meminta penonton bersikap lebih terbuka ketika menonton sesebuah filem.

Sumber: Cinema.com.my


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee