Berita

Filem MY SPY Lakonan Dave Bautista Ditunda Ke April

Views

Filem aksi komedi My Spy lakonan Dave Bautista sekali lagi ditangguhkan dari 13 Mac ke 17 Apri 2020. Ini merupakan penundaan kali kedua oleh STXfilms selepas ia ditunda dari Ogos tahun lalu ke 13 Mac tahun ini. Tarikh tayangan terbaru ini menyaksikan My Spy akan berentap dengan filem terbitan Guillermo del Toro, Antlers dan filem drama thriller, Promising Young Woman.

My Spy mengisahkan tentang seorang ejen CIA bernama JJ telah diturunkan pangkat dan terpaksa menjalankan operasi pemantauan rutin atas keluarga Sophie. Bagaimanapun, gadis pintar teknologi yang berusia 9 tahun itu menjumpai kamera-kamera tersembunyi di dalam rumahnya dan berjaya mengesan di mana operasi itu dijalankan.

Setelah mendapat tahu tentang rahsia perisik itu, dia cuba memujuknya untuk mengajar cara menjadi seorang perisik dengan balasan tidak akan mendedahkan penyamarannya. Walau enggan pada mulanya, perisik itu kemudiannya mengalah dengan pesona dan kepintaran gadis itu.

My Spy diarahkan Peter Segal (50 First Dates) berdasarkan skrip yang ditulis Jon dan Erich Hoeber, dan turut dibintangi pelakon seperti Chloe Coleman, Kristen Schaal, dan Ken Jeong.

Tinggalkan Balasan

shares