Berita

Pembikinan Filem Munafik 2 Ditangguhkan Seketika

Views

Penggambaran filem seram paling ditunggu-tunggu "Munafik 2" dihentikan buat seketika waktu bagi memberi laluan kepada pengarah dan pelakon utama filem itu Syamsul Yusof untuk membuat persiapan untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2017) yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Syamsul bukan sahaja tercalan dalam kategori online menerusi Gandingan Serasi Filem bersama Nabila Huda, malah Syamsul juga akan muncul di pentas menjayakan segmen persembahan.

"Saya dimaklumkan Syamsul akan menghentikan seketika penggambaran "Munafik 2" yang kini banyak tertumpu di sekitar Perak.

"Selaku penerbit, saya tidak mempunyai masalah untuk memberi laluan kepada majlis ABPBH 3.0 akan berlangsung beberapa hari lagi.

"Kami turut berbangga apabila "Munafik" yang mewakili produksi Skop dicalonkan dalam kategori online," ujarnya Datuk Yusof Haslam yang dipetik dari BH Online.

Penggambaran "Munafik 2" telah bermula pada 20 Mac lalu.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia diberitahu anaknya itu diberi peluang untuk mengadakan persembahan pada malam kemuncak itu nanti oleh itu dia memerlukan masa untuk berlatih dan menjalani raptai.

Pada masa sama dengan menghentikan seketika penggambaran filem akan memberi peluang kepada kru produksi dan barisan pelakon "Munafik 2" dapat berehat seketika selepas berhempas-pulas sejak Mac lalu bagi memastikan naskhah itu dihasilkan dengan berkualiti.

Selain Syamsul, filem kedua ini akan turut membariskan pelakon hebat lain termasuk Maya Karin, Mawi, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mak Engku, Datuk Rahim Razali dan Fizz Fairuz.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks