Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Marvel: Raja Ilya Kunci Mulut

Sumber Gambar: www.lipstiq.com

Memandangkan penggambaran filem Captain Marvel sudah bermula, peminat mula tertanya-tanya bilakah pelakon Raja Ilya akan berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalani penggambaran filem adiwira Hollywood terbitan Marvel itu.

Ini memandangkan, Raja Ilya dikaitkan dengan penggambaran filem adiwira Marvel itu walaupun tuan punya badan tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai berita mengenai pembabitannya dalam penggambaran filem Marvel.

Menurut laporan dari Harian Metro,Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bagaimanapun tidak berasa terganggu langsung dengan persoalan peminat sebaliknya memilih untuk berdiam diri dari terus berkongsi maklumat baru mengenai isu itu.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Mereka boleh lihat Instagram bila saya akan pergi ke sana. Lebih baik diam dan berkongsi dengan orang-orang yang akan memberikan sokongan dan saya saya. Golongan yang mengecam ini bukan mahu sokong pun, jadi tidak ada guna saya bercerita lebih banyak” 

Selain itu juga, pelakon tersebut mengakui berasa terkilan dan tidak sangka apabila niat untuk berkongsi berita gembira mengundang rasa tidak senang segelintir pihak.

Ada di antara mereka yang cuba mempertikaikan projek tersebut dan menuduh pelakon itu menipu untuk mendapat publisiti.

Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun itu mendedahkan dia menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood pertamanya, tetapi tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berikutan terikat dengan kontrak. Bagaimanapun peminat beranggapan bahawa pelakon tersebut terlibat dalam pembikinan Captain Marvel yang sudahpun memulakan penggambaran beberapa minggu yang lalu

Related posts

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha