Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Malay Regiment Berbaur Politik?

Filem perang tempatan terbaru, Malay Regiment terbitan World Evolution Brain dgn kerjasama Angkatan Tentera Malaysia akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2017. filem ini dibintang dengan beberapa pelakon lama dan baru iaitu Ahmad Tarmimi Serigar, Yuswaisar, Normah Damanhuri,Nad Zainal,Kamal Adli,Falisha Crossley.

Tiada apa yang menariknya selepas kami menonton trailer filem arahan Jurey Rosli ini, biasa sahaja. Cuma satu kami terperasan semasa menonton trailer yang berdurasi lebih 2 minit itu. Terdapat satu babak dalam trailer tersebut yang bagi kami agak menarik untuk kami rungkaikan.

Dalam babak tersebut, terdapat dialog yang berbunyi seperti seperti dibawah:

“Kita tidak perlu berperang, hanya gunakan otak untuk menguasai ekonomi..”

Kemudian mereka menunjukan gambar seorang lelaki cina memegang buku yang bertulis “How To Rule The Country”, sebuah kereta berplat DAP 165 dan Parlimen Malaysia. Ok biar kami cuba hadamkan maksud-maksud yang terdapa dalam babak tersebut tersebut.

No plat DAP mungkin tersebut merujuk kepada Parti politik DAP dan parlimen Malaysia bermaksud kerajaan Malaysia atau negara Malaysia.

Buku “How To Rule The Country” yang ditunjukkan dalam trailer tersebut pula kelihatan sama dengan buku How To Rule The World: A Handbook For The Aspiring Dictator yang ditulis oleh André de Guillaume, buku satira yang memberi tips untuk menguasai kerajaan atau dunia.

Berdasarkan dialog dan maksud-maksud yang ditunjukan dalam trailer tersebut, kami simpulkan yang mereka cuba memberitahu audience bahawa DAP adalah komunis alaf baru. Mereka tidak lagi perlu berperang, hanya perlu menguasai ekonomi dan seterusnya mengawal kerajaan Malaysia melalui penguasaan ekonomi.

Kalau babak tersebut bermaksud demikian, filem ini bakal menjadi kontroversi dan dijadikan isu pihak-pihak tertentu untuk bermain politik. Dkhuatiri filem ini bukan membakar semangat patriotik, tetapi sebalik membakar semangat rasisme dikalangan rakyat Malaysia.  So diharap, pihak LPF dapat menangkap maksud babak tersebut dan tidak ditunjukkan dalam filem bagi mengelakkan kontorversi.

https://www.youtube.com/watch?v=nZKyIS8ZpOs

Filem Malay Regiment mengisahkan tentang 3 orang cucu kepada bekas tentera yang terkorban pada tahun 1976. Mereka dipertemukan dengan seorang bekas tentera berpangkat Mejar Jeneral yang sedang menulis manuskrip mengenai zaman Insurgensi. Akan ditayangkan pada tahun 2017

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment