Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Mahathir: The Journey Bakal Ditayangkan Julai 2021


Filem Mahathir: The Journey bakal menemui penonton pada Julai tahun hadapan, dedah syarikat produksi Reliance Media Group menerusi laman media sosial rasmi “Mahathir: The Journey” pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63 baru-baru ini. 

Bagaimanapun, tarikh tayangan tepat masih belum didedahkan memandangkan filem itu masih berada dalam proses pos-produksi.

Filem ini sepatutnya ditayangkan Julai yang lalu, bersempena dengan bulan kelahiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Buat makluman lanjut, penggambaran filem yang diterbitkan oleh Allahyarham Yusof Kelana, yang juga bertindak sebagai pengarah kreatif, itu telah selesai dijalankan pada pertengahan Februari lalu.

Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan sebelum ini, penggambaran di Hiroshima, Jepun, yang melibatkan babak penting terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19, dah diubah lokasi ke Langkawi.

“Mahathir: The Journey” yang diarahkan oleh Profesor Dr Mohamad Hatta Azad Khan, menyingkap kehidupan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Pelakon Azhar Amir dan penyanyi Fauziah Latiff dipilih untuk menerajui watak Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah. Filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Afique Hussain, Ning Baizura, Hilal Azman, Dian P Ramlee, Lisdawati dan Dazrin Kamarudin.

Sumber: Cinema Online



Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee