Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem M. Night Shyamalan, Glass Sudah Memulakan Penggambaran

M. Night Shyamalan sememangnya seorang pengarah yang penuh dengan kejutan. Beliau sememang terkenal dalam penghasilan filem-filem thriller seram Unbreakable, The Sixth Sense, Signs, The Village dan yang terbaru Split lakonan James McAvoy. Apa yang menariknya filem Split yang diarahkan oleh beliau ialah kejutan yang dilakukannya di penghujung filem berkenaan yang menampilkan David Dunn (lakonan Bruce Willis). Bagi yang pernah menonton filem Unbreakable, pasti mengenali watak tersebut kerana dia adalah watak dalam filem yang diterbitkan pada tahun 2000.

Rupanya ramai yang tidak menyangka bahawa Split adalah sekuel kepada Unbreakable kerana filem terbaru itu tidak pernah diwar-warkan sebagai sekuel kepada Unbreakable. Atas kejayaan filem Split, M Night Shyamalan tidak menunggu lama untuk mengumumkan filem ketiga yang berjudul Glass yang juga merupakan sekuel kepada dua-da filem itu.


Kini Shyamalan dan penerbit filem-filem horror, James Blum mengumumkan bahawa pengambaran filem terbaru itu kini telah bermula.

Selain itu juga, Variety melaporkan Disney dan Universal akan bekerjasama dalam mengedarkan filem berkenaan keseluruh dunia. Dijangka filem Glass akan menjadi satu lagi filem “low budget” yang bakal memberikan profit yang tinggi kepada penerbit Blumhouse Production.

Glass bakal mengisahkan David Dunn yang akan memburu Kevin Wendell (lakonan James McAvoy) yang telah bertukar menjadi The Beast dipenghujung filem Split. Selain itu juga, watak Elijah Prince lakonan Samuel L. Jackson dilaporkan akan turut menyertai Bruce Willis dalam filem ini.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi tayangan filem diumumkan, tetapi dijangka ia akan ditayangkan pada awal tahun 2019

Related posts

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

Leave a Comment