Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kepada peminat-peminat manga Tokyo Revengers, jangan lupa saksikan filem live-action berjudul sama pada 9 Disember ini di pawagam GSC tanah air. 

Filem live-action Tokyo Revengers mengisahkan tentang Takemichi Hanagaki (Takumi Kitamura) adalah seorang penganggur berusia 26 tahun. Kehidupannya pada dasarnya sangat sengsara. Suatu hari, dia mendapat tahu daripada berita bahawa Hinata Tachibana dan adik lelakinya Naoto Tachibana (Yosuke Sugino) telah dibunuh oleh Geng Manjikai Tokyo. Takemichi Hanagaki terkejut dengan berita itu, kerana Hinata Tachibana adalah cinta pertamanya semasa zaman sekolah menengahnya.

Keesokan harinya, Takemichi Hanagaki ditolak oleh seseorang di platform stesen dan jatuh ke landasan kereta api. Pada masa itu, dia kembali 10 tahun ke masa lalu. Di sana, dia memberitahu Naoto Tachibana bahawa dalam 10 tahun yang akan datang, Hinata Tachibana akan dibunuh. Pekara tersebut telah mengubah masa kini.

Kini, Naoto Tachibana bekerja sebagai detektif dan mengelak daripada dibunuh oleh Geng Manjikai Tokyo, tetapi nasib Hinata Tachibana berbeza. Dia dibunuh oleh Geng Tokyo Manjikai. Takemichi Hanagaki kemudian meminta bantuan dari Detektif Naoto Tachibana. Dia mahu menyelamatkan Hinata Tachibana dengan kembali ke masa lalu untuk memusnahkan Geng Manjikai Tokyo.

Filem ini diarahkan oleh Tsutomu Hanabusa dan dibintangi pelakon Takumi Kitamura, Yuki Yamada, Yosuke Sugino dan ramai lagi. 

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha