Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Filem ‘Live-Action’ “The Promised Neverland” Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan April Ini

Encore Films Malaysia dan GSC Movies akan membawa filem live action “The Promised Neverland” ke pawagam Malaysia bermula 8 April ini.

Bermula sebagai manga pada tahun 2016, oleh Kaiu Shirai dan Posuka Demizu, “The Promised Neverland” merupakan sebuah kisah yang menarik dan mendebarkan tentang tiga anak yang cuba melarikan diri dari rumah anak yatim setelah menemui pengasuh mereka menyimpan rahsia berbahaya.


Emma, Norman dan Ray adalah kanak-kanak yang paling ceria di rumah anak yatim Grace Field House. Dan di bawah jagaan wanita yang mereka gelar sebagai “Ibu”, semua kanak-kanak menikmati kehidupan yang selesa. Makanan yang baik, pakaian bersih dan persekitaran yang sempurna untuk belajar — apa lagi yang boleh diminta oleh anak yatim? Namun, pada suatu hari, Emma dan Norman membongkar kebenaran gelap dunia luar yang mana mereka dilarang untuk melihatnya.

Manga “The Promised Neverland” telah diterbitkan dalam Shueisha’s Weekly Shonen Jump dari Ogos 2016 sehingga Jun tahun lalu. Siri anime kemudiannya dilancarkan pada tahun 2019 dan disiarkan dilaman penstriman seperti Hulu dan Crunchyroll. Anime juga telah ditayangkan di Toonami sejak Januari 2019 sehinggakini. 

Related posts

THE ZONE: Survival Mission, Rancangan Varieti Korea Baharu Akan Tiba Pada Disney+ Hotstar Day

Zulaikha

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment