Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem ‘Live Action’ The Lion King Menjadi Filem Ke-5 Catat Kutipan Lebih $1 Billion Dolar Tahun Ini

Buena Vista terus mencatat keuntungan pada tahun ini apabila filem ‘live action’ The Lion King terbitan studio terbabit berjaya lepasi angka $1 billion dolar, dengan kutipan terkini mencecah sebanyak $1.042 billion dolar seluruh dunia.

Kutipan terbaru itu menjadikan The Lion King menjadi filem lima tahun ini yang menyertai kelab eksklusif $1 billion selepas Aladdin melakukannya beberapa minggu yang lalu. Selain itu juga, filem arahan Jon Favreau ini berada dikedudukan keempat kutipan paling laris pada tahun 2019, dibelakang filem Spider-Man: Far From Home yang mengutip $1.048 billion seluruh dunia.


Dijangkakan, kutipan The Lion King akan terus bertambah walaupun bakal disaingi filem Hobbs & Shaw yang telahpun memulakan tayanganya di Amerika Syarikat dan beberapa negara seluruh dunia.

The Lion King merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.

Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.

Filem ini dibintangi pelakon-pelakon suara seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyoncé Knowles-Carter, serta James Earl Jones yang akan membawakan suara watak asalnya, Mufasa.

The Lion King masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan

Sumber: Box Office Mojo

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment