
Sekitar 2017, dikhabarkan bahawa filem live-action Keluang Man akan dihasilkan oleh pengarah Rizal Halim. Namun setahun selepas itu, perkembangannya terhenti pengarahnya menarik diri projek berkenaan atas sebab-sebab tertentu.
Kini, selepas dua tahun, peminat pasti tertanya-tanya adakah masih terdapat perancangan untuk membawa Keluang-Man ke layar perak?
Dalam temubual bersama Cinema Online, pemilik syarikat produksi Ace Motion Pictures, Aziz M. Osman memberi gambaran bahawa perancangannya masih ada dan berkemungkinan ia bakal direalisasikan. Menurut Aziz lagi, mereka masih berbincang mengenai isu hak cipta.
“Buat masa ini, kami masih berbincang mengenai isu hak cipta,”
Setakat ini, tiada pengarah atau pelakon yang dikaitkan dengan filem Keluang-Man. Segala perkembangannya akan diumumkan kelak.
Animasi Keluang Man diterbitkan UAS Animation Studios (M) Sdn. Bhd. dan telah bersiaran selama tujuh musim dari 1998 hingga 2005. Ia berkisar tentang dua pesakit hospital mental iaitu Borhan / Keluang Man dan Samad / Tiong Man yang menjadi pembela manusia sejagat dengan menumpaskan musuh negara