Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem ‘Live-Action” Hot Wheels Bakal Dihasilkan!


Buat peminat-peminat mainan Hot Wheels, ada berita baik untuk ada. sebuah filem ‘live-action’ mengenai permainan tersebut bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Syarikat pengeluar mainan tersebut, Mattel dilaporkan akan berkerjasama dengan studio Warner Bros. untuk membawa mainan tersebut ke layar perak. Sebelum ini, syarikat permainan itu telah pun berkerjasama dengan studio berkenaan untuk menerbitkan filem ‘live-action’ Barbie yang menyaksikan Margot Robbie sebagai bintang utama.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai plot dan pelakon yang akan membintangi filem berkenaan.

Hot Wheels pertama kali dilancarkan oleh Manttel pada 1968. Ia merupakan mainan kereta mini yang mempunyai pelbagai reka bentuk dan model. Mainan ini bukan sahaja diminati oleh peminat-peminat kecil, malah ia turut diminati orang dewasa yang suka mengumpul model-model Hot Wheels ini.

Kepada peminat-peminat Hot Wheels, adakah anda teruja dengan filem ‘live-action’ Hot Wheel akan datang?



Related posts

HOT WHEELS: Mattel Mengadakan Pertemuan Dengan Pengarah

Kakimuvee

TGV Dengan Kerjasama Mattel Membuka Pawagam Pertama Mesra Kanak-Kanak

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee