Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Korea, ‘Parasite’ Menangi Anugerah Berprestij Di Festival Filem Cannes


Filem Korea arahan Bong Joon-ho, Parasite berjaya memenangi anugerah Palme d’Or, anugera paling berprestij di Festival Filem Cannes yang berlangsung baru-baru ini. Filem berkenaan diangkat menjadi Filem Terbaik oleh jurui yang diketuai oleh pengarah filem The Revenant, Alejandro González Iñárritu

Parasite sebelum ini menerima pujian dari penonton sejak hari pertama tayangnya di festival filem terhebat itu.

Dalam sidang media selepas kemenanganya di Cannes itu, Bong menyifatkan kemenangannya itu sebagai hadiah buat industri filem Korea.

“The Cannes Film Festival has given a big present to the Korean film industry to celebrate its 100th anniversary.”

Bong sebelum ini telah mengarahkan beberapa filem iaitu Memories of Murder, The Host serta Snowpiercer, dan kesemuanya menerima pujian dari para pengkritik profesional dan penonton.


Parasite dibintangi beberapa pelakon terkenal Korea iaitu Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam. Filem ini memaparkan bagaimana kehidupan masyarakat di zaman sekarang melalui dua keluarga yang menyerupai satu sama lain dan kelihatan berbeza.

Filem yang bertemakan ‘dark comedy’ ini akan mula ditayangkan di Korea Selatan pada 30 May 2019


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee