Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Komedi Good Boys Kuasai Carta Box Office Amerika Syarikat

Filem komedi ‘R-rated’ Good Boys terbitan Universal Pictures berjaya menguasai kedudukan pertama carta box office domestik Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya meraih $21 juta dolar pada minggu pertama tayangannya.

Filem arahan Gene Stupnitsky itu mengisahkan tentang sekumpulan budak lelaki dalam pengembaraan epik di San Fernando Valley untuk membaiki permainan mereka yang rosak sebelum ibu bapa mereka pulang ke rumah. Good Boys akan ditayangkan di Malaysia 5 Disember nanti.

Satu lagi filem terbitan Universal, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw menduduki tangga kedua apabila menambah kutipan sebanyak $14.14 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan kutipan domestik sejak ia ditayangkan sebanyak $133.7 juta dolar. Untuk pasaran antarabangsa, filem tersebut menambah $45.7 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kini telah mencecah $437 juta dolar sekaligus menduduki tangga ke-5 dalam francais Fast & Furious.

Filem terbitan Walt Disney Pictures, The Lion King terus menambah kutipan tiket dengan menambah $11.9 juta dolar dipasaran domestik AS dan $33.8 juta dolar dipasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $1.435 billion dolar. Kutipan tersebut meletakkan The Lion King berada dikedudukan kesembilan kutipan paling paling laris sepanjang zaman, menyingkirkan filem Avengers: Age of Ultron ketangga kesepuluh.

Filem animasi terbaru Sony, The Angry Birds Movie 2 mencatatkan kutipan sebanyak $10.5 juta dolar pada minggu pertama tayangan, jauh lebih sedikit berbanding filem pertama yang berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $38 juta dolar pada minggy yang sama semasa ditayangkan pada 2016 yang lalu. The Angry Birds Movie 2 akan ditayangkan di Malaysia pada 29 Ogos ini.

Sementara itu, filem seram terbitan Lionsgate Scary Stories to Tell in the Dark berjaya menambah $10 juta dolar pada minggu kedua tayangan, menjadikan jumlah terkumpul kini telah mencecah $40 juta dolar. Manakala filem sekuel 47 Meters Down: Uncaged mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak $9 juta dolar.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment