Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Ketiga “The Princess Diaries” Sedang Dibangunkan Disney


Ansuran terbaru francais filem The Princess Diaries kini sedang dibangunkan di Disney, menurut laporan terbaru dari The Hollywood Reporter.

Menurut laporan, Aadrita Mukerji akan menulis skrip untuk The Princess Diaries 3, dan yang lebih menarik, ia akan berfungsi sebagai kesinambungan kepada filem yang diterajui Anne Hathaway, bukannya ‘reboot’ atau ‘remake’. 

Laporan turut menyebut bahawa Hathaway masih belum mengikat perjanjian untuk kembali meneruskan peranannya, tetapi pelakon itu sering mengatakan bahawa dia sangat terbuka untuk kembali ke francais itu jika diberi peluang. 

Jadi, masih terdapat harapan kepada peminat yang ingin melihatnya kembali meneruskan peranan sebagai Puteri Mia Thermopolis.

Filem pertama The Princess Diaries dikeluarkan pada tahun 2001 dan dibintanig Hathaway sebagai seorang remaja Amerika yang kemudiannya mengetahui dia adalah pewaris takhta kerajaan Eropah Genovia.


Filem tersebut berdasarkan novel karya Meg Cabot dengan nama yang sama dan turut dibintangi Julie Andrews.

The Princess Diaries mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mengangkat Hathaway menjadi bintang terkenal dan memperoleh kutipan lebih daripada $165 juta di box office.

Sekuelnya, The Princess Diaries 2: Royal Engagement, telah dikeluarkan pada tahun 2004 dan menyaksikan Hathaway dan Andrews kembali meneruskan peranan mereka.

Filem itu meneruskan cerita dari filem asal dan menyaksikan Mia Thermopolis Hathaway kembali ke Genovia untuk akhirnya dinobatkan sebagai Ratu. Filem itu juga merupakan kejayaan besar untuk Disney, memperoleh $134 juta di box office, walaupun reaksi terhadap filem itu sedikit rendah daripada filem sebelumnya.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee