Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Ketiga MAMMA MIA! Bakal Dihasilkan


Penerbit Judy Craymer memberi bayangan filem Mamma Mia! bakal diterbitkan untuk siri ketiga selepas yang pertama pada 2008 dan kedua pada 2018.

Ketika wawancara bersama Daily Mail, Craymer berkata, ia sudah merancang untuk meghasilkan siri baharu filem itu sebelum pandemik Covid-19 menyerang.

“Dalam fikiran saya semuanya sudah ada. Tapi, pandemik Covid-19 pula menyerang.

“Saya fikir satu hari nanti akan ada filem seterusya kerana ini harus berbentuk trilogi. Saya tahu pihak Universal Pictures akan setuju apabila saya melakukannya,” katanya

Mamma Mia adalah pementasan muzikal dari lagu ABBA yang mengisahkan hidup Sophie (Amanda Seyfried) dan ibunya, Donna (Meryl Streep).


Ketika Sophie bersiap untuk menikah, pertanyaan mengenai identiti bapa kandungnya muncul dan ia mengundang tiga lelaki masa lalu Donna yang dilakonkan oleh Pierce Brosnan, Colin Firth dan Stellan Skarsgard dengan harapan ayah kandungnya akan muncul.

Pada sekuel 2018, filem ini menyelami masa lalu dari Donna yang dilakonkan oleh Lily James dan lebih mendalami kisah cinta dengan tiga lelaki itu.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Review Filem: Cats (2019)

Kakimuvee

Filem Rock 4 Hampir Siap, Kini Dalam Proses Suntingan Akhir

Kakimuvee

Trailer Sekuel Mamma Mia: Here We Go Again! Dilancarkan

Kakimuvee

Universal Umumkan Sekuel Filem Muzikal Mamma Mia

Kakimuvee