Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Kesembilan ‘Saw’ Akan Memulakan Penggambarannya Minggu Hadapan


Selepas Jigsaw (2017) berjaya mengulangi kejayaan box office francais Saw, Lionsgate mengumumkan filem kesembilan Saw bakal dihasilkan dengan pelakon komedi, Chris Rock ditugaskan untuk menulis cerita baru untuk francais tersebut manakala Darren Lynn Bousman akan kembali ke kerusi pengarahan Saw.

Dalam perkembangan terbaru, Darren Lynn Bousman telah mengumumkan penggambaran filem kesembilan Saw akan bermula pada minggu hadapan.

Filem ini akan diterbitkan penerbit francais Saw sendiri iaitu Mark Burg dan Oren Koules. Skrip akan ditulis oleh Pete Goldfinger dan Josh Stolberg (Jigsaw) berdasarkan cerita yang ditulis Chris Rock. Manakala penerbit eksekutif terdiri daripada Daniel Heffner dan pencipta asal siri ini, James Wan dan Leigh Whannell.

Filem terbaru Saw akan menemui penonton pada 23 Oktober, 2020


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee