Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Kelima Lethal Weapon Hampir Menjadi Kenyataan


Lethal Weapon merupakan filem ‘buddy-cop’ yang cukup popular sekitar era 80an dan 90an. Bukan sahaja disebabkan kualiti skrip yang ditulis oleh Shane Black dan kehebatan penerajunya, Richard Donner, ‘chemistry’ yang baik diantara Danny Glover dan Mel Gibson juga telah menjadi sebab Lethal Weapon antara filem ‘buddy-cop’ yang paling menarik pada zaman itu

Diatas populariti yang dicapai pada filem pertama, Lethal Weapon diteruskan sehingga filem keempat dan masih diarahkan oleh Richard Donner serta dibintangi oleh Danny Glover dan Mel Gibson. Tetapi sayangnya, filem keempat tidak menerima sambutan seperti 3 filem sebelumnya. Situasi itu menyebabkan penghasilan filem kelima tidak dapat direalisasikan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pengarah untuk menerbitkan Lethal Weapon 5.

Namun berita terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Screenrant.com, penerbitan filem kelima Lethal Weapon hampir menjadi kenyataan dan menunggu lampu hijau dari pihak studio. Pekara tersebut didedahkan oleh pengarahnya sendiri semasa ditemuramah oleh Spocklight: A Star Trek Podcast,

As of right now, we are inches away from getting the go-ahead to doing the final five.” –  Richard Donner.

Dalam temuramah itu juga, pengarah tersebut berkongsi idea untuk filem kelima itu


“It’s a story I came up with with Channing Gibson, the writer who wrote 4, and I’m just having to work it out with the studio. If everybody steps up and we all get together, we’ll make it. Mel and Danny are on board. If it doesn’t work out, at least we tried. But there’s a good chance that you’ll see the movie.”

Sekiranya ia mendapat lampu hijau dari pihak studio, kita mungkin dapat saksikan kembali aksi-aksi Detektif Rigg dan Detektif Murtaugh dalam filem kelima itu nanti. Dengan siri televisyen Lethal Weapon yang sudah memasuki musim kedua dan mendapat mendapat respon yang cukup positif dari penonton, peluang untuk melihat filem kelima di layar perak tampak cerah, cuma diharapkan filem kelima itu nanti setanding dengan filem pertama Lethal Weapon yang ditayangkan pada tahun 1987.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

“Lethal Weapon 5” Tertangguh2 Disebabkan Penggabungan Warner Bros. & Discovery

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Frank Grillo & Mel Gibson Dalam Trailer Filem Sci-Fi Thriller, “Boss Level”

Kakimuvee