Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Keempat xXx Lakonan Vin Diesel Bakal Dihasilkan

Studio The H Collective mengumumkan mereka telah memiliki hak franchise filem xXx dari Revolution Studios termasuk penerbit dan bintangnya, Vin Diesel serta studio milik pelakon tersebut One Race Films. Sehubungan dengan mereka turut mengumumkan akan menghasilkan filem keempat xXx tidak lama lagi dengan pengarahnya  D.J. Caruso kembali mengarah filem keempat tersebut.

Selain itu juga, Vin Diesel juga akan turut kembali membawakan wataknya Xander Cage. Joe Roth dan Jeff Kirschenbaum akan bertindak selaku penerbit bersama-sama pelakon Vin Diesel. Produksi dijangka akan dimulakan pada Disember 2018.

Tiga filem awal xXx sebelum ini dikeluarkan oleh Revolution Studios dan franchise filem aksi ini telah berjaya mengumpul kutipan keseluruhan sebanyak $1 billion seluruh dunia.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai plot filem keempat xXx dan tarikh dijangka akan ditayangkan.

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman