Filem Ke-3 Dan Ke-4 Along With The Gods Bakal Dihasilkan

0
74
views

Filem sekuel Along With The Gods: The Last 49 Days belum pun ditayangkan lagi di pawagam, namun produksi Realies Pictures sudah pun mempunyai perancangan untuk menghasilkan filem ketiga dan keempat.

Perkara itu telah dideahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Dong Yeon yang berkata mereka merancang untuk menjalani penggambaran filem ketiga dan keempat dalam masa yang masa pada hujung tahun hadapan.

Untuk filem ketiga dan keempat, pengarah asal Kim Yong Hwa akan terus diberi kepercayaan untuk mengarah kedua-dua filem tersebut.

"Kami sedang memikirkan samada jalan cerita kedua-dua filem akan datang dibuat sebagai prekuel atau pun 'spin-off', dan kami juga terbuka dengan sebarang cadangan untuk filem terbaru nanti," 

"Along With The Gods" adalah sebuah naskhah yang diangkat dari kartun web popular oleh Joo Ho Min.

Ketika filem pertama ditayangkan iaitu Along With The Gods: The Two Worlds ia telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 14 juta dan menjadi filem pecah panggung kedua terbesar dalam industri filem Korea.

Sementara itu, untuk filem kedua Along With The Gods: The Last 49 Days adalah kesinambungan daripada kejadian terakhir yang berlaku dalam filem pertama.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here