Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Arkib

30% Filem Jwanita Terpaksa Di Potong LPF Kerana Terlampau Ngeri

JWANITA

Setelah lama tidak mengarahkan filem seram, pengarah terkenal Osman Ali kini kembali dengan mempertaruhkan filem seram terbaru beliau, Jwanita. Osman Ali merupakan pengarah filem Puaka Tebing Biru yang ditayangkan pada tahun 2007

Filem terbitan syarikat Ehsan Production dengan kerjasama Nuansa Film ini adalah buah tangan Osman setelah hampir sepuluh tahun berehat untuk filem seram dan lebih memfokuskan kepada menghasilkan filem genre percintaan seperti Ombak Rindu, Langit Cinta dan Pilot Cafe.

Filem psiko seram yang akan ditayangkan di pawagam pada 24 September 2015, dibintangi beberapa pelakon hebat antaranya Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Marsha Milan Londoh dan Umie Aida.

Ditambah pula dengan perkembangan filem seram kini yang dipersembahkan dengan pelbagai cara, membuatkan Osman memilih untuk mengarahkan filem ini yang bakal ditayangkan pada 24 September depan.

Plot

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, yang diberi nama Jwanita menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ia diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

marsha milah

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor psikiatri bernama Farhan.

Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru menyebabkan dia menyimpan perasaan terhadap jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita seterusnya mereka berkahwin.

Untitled

Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat.

Kematian demi kematian yang mengerikan berlaku setelah kehadiran Jwanita. Setiap orang yang mati dibunuhnya akan dibangkitkan kembali menjadi abdi bagi membalas dendamnya.

Menceritakan mengenai idea untuk menghasilkan filem itu, Osman memberitahu, ia diinspirasikan berdasarkan senario keganasan melibatkan pembunuhan yang berlaku di luar sana.

“Saya perhatikan, manusia kini hanya menggunakan body untuk tujuan tahyul. Jadi saya dapat inspirasi Jwanita berdasarkan insiden dan jenayah berlaku di sekitar kita.

“Saya harap secara tidak langsung, ia memberi tarikan kepada penonton untuk melihat kejadian seumpama itu dalam konsep filem,” katanya dapat menyiapkan skrip filem dalam hanya tempoh sebulan.

Namun, Osman sedikit sedih apabila 30 peratus daripada filem asal telah dipotong adegannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana terdapat babak – babak yang agak ngeri untuk dipertontonkan.

Budget untuk pembikinan Filem Jwanita ini menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan menjalani penggambaran di empat lokasi iaitu di Kijai, Kemaman Terengganu; Kuala Lumpur; Sungai Buloh dan Kuala Kubu Baru. Filem ini juga diklasifikasikan sebagai kategori 18 memandangkan terdapat babak – babak yang tidak sesuai untuk ditonton oleh penonton dibawah 18 tahun

Related posts

Warner Bros. Pictures 2018 Movie

Is Mohd

Review Chasing The Dragon (2017)

MyK

Trailer filem Thriple Threat

Natasha

Teaser Trailer Pacific Rim: Uprising

Natasha

Daniel Craig dilaporkan sah akan kembali sebagai James Bond

Natasha

Apa yang kami tahu tentang sekuel ‘Fantastic Beasts’

Natasha

Leave a Comment