Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Joker Tidak Ikut Sebarang Rujukan Komik

Kebiasaanya, filem-filem adaptasi komik ‘superhero’ pasti akan merujuk versi komik terutamanya dalam merangka penceritaan sesebuah filem. Tetapi filem terbaru Warner Bros. Pictures, Joker mengambil pendekatan berbeza apabila ia tidak merujuk sebarang versi komik.

Ketika ditemubual majalah Empire, pengarah Todd Philips telah mendedahkan bahawa filem arahannya itu akan menjadi kisah ‘origin’ yang baru buat karakter ‘villain’ Joker dan tidak akan merujuk mana-mana jalan cerita versi komik.


“We didn’t follow anything from the comic-books, which people are gonna be mad about. We just wrote our own version of where a guy like Joker might come from. That’s what was interesting to me. We’re not even doing Joker, but the story of becoming Joker. It’s about this man.”

Selain itu juga, pengarah itu turut mendedahkan bahawa Joaquin Phoenix telah menjadi pilihan pertama untuk bawakan watak Joker sejak pra-produksi lagi. Dia turut berkata, mereka meletakkan gambar pelakon tersebut di skrin komputer semasa menghasilkan skrip.

We had a photo of him above our computer while we were writing. We constantly thought, ‘God, imagine if Joaquin actually does this.’”

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an dan ia mengisahkan tentang pengenalan awal karakter villain paling terkenal komik DC itu.

Filem ini juga turut dibintangi Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron. Joker kini dalam pengambaran di New York dan Warner Bros. serta DC Entertainment telah menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment