Berita

Filem Joker Diberi Klasifikasi “Hard R-Rating”

Views

Seperti yang dijangka, filem terbaru arahan Todd Philips, Joker telah diberi rating “R” oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA). Menurut laman rasmi filem tersebut, filem solo pertama Joker itu akan memaparkan  “Strong Bloody Violence, Disturbing Behavior, Language and Brief Sexual Images.” 

Pengesahan klasifikasi filem Joker ini pasti menggembirakan pengemar-pengemar filem bertema adiwira (terutamanya golongan dewasa) yang mahu melihat sebuah filem komik yang sesuai dengan kehendak mereka.

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

BACA:  Deadpool 2 Ambil Shioli Kutsuna Untuk Bawa Watak Utama

Tinggalkan Balasan

shares