Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Joker Akan Ditayangkan Oktober Tahun Hadapan


Minggu lepas, studio Warner Bros. dan DC Entertainment telah mengesahkan filem ‘origin’ Joker akan dihasilkan tidak lama lagi dan pelakon Joaquin Phoenix turut disahkan akan membintangi filem tersebut dengan membawakan watak utama sebagai Joker.

Terbaru, pihak studio telah menamakan tajuk filem terbaru mereka itu sebagai Joker dan turut menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.

Joaquin Phoenix akan bekerjasama dengan Todd Philips yang merupakan pengarah dan penulis filem ini. Todd akan bersama-sama penulis skrip filem 8 Miles, Scott Silver dalam merencana jalan cerita filem Joker akan datang.

The Joker Origin bukan kesinambungan dari ‘DC Extended Universe (DCEU)” sebaliknya ia akan menjadi filem ‘standalone’. Ia akan mengisahkan tentang asal usul Joker dan berlatarbelakangkan zaman 80-an di bandar Gotham.

Martin Scorsese akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Todd Philips dan projek terbaru ini akan menelan belanja sebanyak $55 juta dolar.


Sementara itu, Warner Bros. juga turut akan menghasilkan sebuah lagi filem Joker yang dibintangi oleh Jared Leto sebagai Joker dan juga merupakan spin off dari filem Suicide Squad.


Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee