Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem J Revolusi Akan Diadaptasikan Ke Bentuk Drama

Selepas filem “J Revolusi” berjaya mendapat kutipan pecah panggung, filem arahan Zulkarnain Azhar ini bakal diadaptasi pula ke drama yang mana ia akan disiarkan secara eksklusif menerusi perkhidmatan penstriman terbesar tempatan iaitu Tonton.

“Kami sudah memikirkan untuk membawa filem itu ke dalam format drama kerana ia mempunyai plot dan jalan cerita yang menarik. Ia sebagai usaha untuk menguatkan lagi “J Revolusi” sebagai jenama selepas memperkenalkan aplikasi permainan filem itu,” ujar Pengarah Tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen MPB, Airin Zainul yang dipetik dari BH Online.

Tambah Airin lagi, pihaknya juga akan cuba mengekalkan barisan pelakon asal filem tersebut, namun ia tidak dapat disahkan lagi kerana ia bergantung kepada kekosongan jadual pelakon.

“J Revolusi” adalah sebuah filem yang mengangkat tema pasukan Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia dan disuntik dengan jalan cerita menarik.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Farid Kamil, Nur Fazura, Azad Jazmin, Dato’ Hans Isaac dan ramai lagi.

Sejak hari pertama ia ditayangkan iaitu pada 2 Mac ia telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penonton di seluruh negara.

Filem yang menelan belanja hampir RM3 juta ini telah berjaya mendapat kutipan pecah panggung iaitu lebih RM6 juta.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment