Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem “Hanyut” Ditayangkan 24 November 2016

hanyut-movie

Selepas lama tertangguh akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielak, akhirnya filem berbajet besar, “Hanyut”, bakal menemui penonton pada 24 November ini.

Filem arahan pengarah tersohor tanah air U-Wei ini diangkat dari novel nukilan Joseph Conrad iaitu “Almayer’s Folly”.

Filem yang menelan kos sebanyak RM18 juta ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Datin Sofia Jane, Peter O’Brian, Diana Danielle, Adi Putra, Khalid Salleh dan James Corley.

featured_hanyut-finas

Terdahulu U-Wei terpaksa menangguhkan tayangan filemnya berikutan kekurangan dana untuk melakukan promosi.

Ini kerana beliau tidak mahu karya “Hanyut” gagal di pawagam seperti yang berlaku pada karya-karya terdahulunya, berikutan itu dia mahukan promosi yang kuat untuk filemnya.

Masalah tersebut bagaimanapun telah diselesaikan apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah membantu dengan memberi dana berjumlah RM1.8 juta

hanyut-05

Walaupun filem “Hanyut” belum ditayangkan di sini, namun ia sudah pun mendapat perhatian dari negara luar selepas ia melakukan tayangan perdananya di beberapa festival filem antarabangsa.

Ia juga ditayangkan di Indonesia pada tahun 2014.

Antaranya festival filem di Australia, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat dan Rusia.

sumber: www.cinema.com.my

Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating